...Share Your Link Here...

Saturday, December 10, 2011

:..Akal.! Tanpa Akal manusia jadi hilang Akal....:

salam penulisan blog usang.. :(
tetiba jer lepas senaman pagi tadi tengah lepak2 terfikir nk buat blogpost pasal akal....
tpi x payah tanya lah kn knapa tetiba jer.. haha.. ( ada cerita di sebaliknya)

Akal adalah suatu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk membedakan yang salah dan yang benar serta menganalisis sesuatu yang kemampuannya sangat tergantung luas pengalaman dan tingkat pendidikan, formal maupun informal, dari manusia pemiliknya. Jadi, akal bisa didefinisikan sebagai salah satu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk mengingat, menyimpulkan, menganalisis, menilai apakah sesuai benar atau salah

Namun, karena kemampuan manusia dalam menyerap pengalaman dan pendidikan tidak sama. Maka tidak ada kemampuan akal antar manusia yang betul-betul sama.

Akal berasal dari bahasa Arab 'aql yang secara bahasa berarti pengikatan dan pemahaman terhadap sesuatu. Pengertian lain dari akal adalah daya pikir (untuk memahami sesuatu), kemampuan melihat cara memahami lingkungan, atau merupakan kata lain dari pikiran dan ingatan. Dengan akal, dapat melihat diri sendiri dalam hubungannya dengan lingkungan sekeliling, juga dapat mengembangkan konsepsi-konsepsi mengenai watak dan keadaan diri kita sendiri, serta melakukan tindakan berjaga-jaga terhadap rasa ketidakpastian yang esensial hidup ini.

Akal juga bisa berarti jalan atau cara melakukan sesuatu, daya upaya, dan ikhtiar. Akal juga mempunyai konotasi negatif sebagai alat untuk melakukan tipu daya, muslihat, kecerdikan, kelicikan.

Akal fikiran tidak hanya digunakan untuk sekedar makan, tidur, dan berkembang biak, tetapi akal juga mengajukan beberapa pertanyaan dasar tentang asal-usul, alam dan masa yang akan datang. Kemampuan berfikir mengantarkan pada suatu kesadaran tentang betapa tidak kekal dan betapa tidak pastinya kehidupan ini.

Freud membagi manusia menjadi tiga wilayah pokok, antara lain:

1. id, yang mempersamakan id dengan instink atau naluri
2. ego, yang merupakan akal fikiran
3. super ego, yakni adat kebiasaan sosial dan kaedah moral
p/s copy paste dripada wiki..(malas pulak nak menaip xde idea...)


kesimpulannya di sini gunakanlah akal fikiran kita dengan sebaik-baiknya. walaupun memang kekadang tu manusia memang tak terlepas daripada situasi di mana kita akan hilang akal dek kerana beberapa faktor seperti:-
1. perasaan takut yang melampau.
2. perasaan gembira yang teramat sangat.
3. keadaan yang mendesak.

keadaan2 di atas antara keadaan yang membolehkan manusia itu hilang akal buat seketika, dan tindakan manusia ketika dalam keadaan tersebut boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku seperti mencederakan diri sendiri/orang lain.

sekian sahaja tulisan saya tentang akal. adios amigos.
www.tips-fb.com

Tuesday, November 1, 2011

:..Setting, Testing, lalalala~~..::

salam penulisan..
seperti yang korang tengok blog ni selalu jer tukar header, tukar url dan macam2 tukar lagi la... sebenarnya aku ni masih mencari-cari identiti sebenar blog ni... so, banyak la perubahan-perubahan yang akan berlaku kat blog ni...
perubahan yang terkini ialah url blog ni korang semua boleh akses blog ni melalui dua url iaitu

untuk pengetahuan korang jugak aku akan cuba mengorganizekan lagi blog ni...
untuk post2 yang lepas mungkin x dapat la aku nak edit semua sekali... untuk post2 yang baru aku akan try untuk start menggunakan label..

aku gak akan cuba berkongsi isu2 semasa dalam dan luar negara dalam post2 baru aku selepas ni... untuk blog aku ni entry2 selepas ni maybe akan ada yang diambil daripada blog2 famous lain sebagai modal post tapi x bermakna aku copy paste sepenuhnya daripada sumber2 tu.. dan kalau aku copy paste terus pon aku akan buat credit 2 sumber yang aku copy tu yer... :)
www.tips-fb.com

Sunday, October 9, 2011

Different Culture.. 1Malaysia..

salam penulisan buat semua... sebenarnya dah agak bersarang dah blog ni... lama x update dengan entry2 baru... bukan xde idea.. macam biasa xde masa nak menaip... idea mencurah2 datang terutamanya bila keluar ke bandar melihat gelagat dan telatah manusia kebanyakan.. macam2 ragam ade... tapi idea2 yang muncul akan hilang bila terperap lama...

terima kasih kepada pelawat2 yang meninggalkan jejak kat blog ni walaupun anda hanya melawat untuk mempromosikan link2 anda saya tetap menghargai kunjungan anda itu.. walaupun x diupdate namun masih tetap ada pageview hampir setiap hari.. thanks all...

owrite pada kali ini saya nak bawakan kepada anda satu cerita tentang seorang pelajar sekolah berbangsa Cina   yang saya anggarkan berusia 10-12 tahun... peristiwa ni berlaku dalam LRT... sedang menunggu sampai ke destinasi saya ternampak seorang budak lelaki Cina sedang duduk di satu sudut dalam LRT tersebut... di tangan budak lelaki tadi terpeluk erat sebuah buku.. pada hemat saya mungkin buku teks sekolah kerana budak tersebut memakai pakaian seragam sekolah... namun apabila diamati ianya sebuah buku yang berjudul.. "Stories of 100 People Who Influence The World"

wah... memang betul apa yang dikatakan orang.. bangsa Cina ni sebenarnya memang rajin2.. jadi tidak  hairanlah jika ramai pelajar2 cina yang mendapat tempat di institusi2 pengajian tinggi awam dan swasta.. sepatutnya semua bangsa perlulah mencontohi bangsa Cina yang mendidik anak mereka dan menyemaikan sikap suka membaca sejak dari bangku sekolah lagi ini.... bukanlah ingin menyanjung bangsa lain mahupun ingin mnyuntik sentimen perkauman dan sebagainya cuma kita perlulah membuka minda kita agar mencontohi perkara-perkara positif yang terdapat dalam masyarakat kita yang berbilang bangsa ini... setakat ini sahaja tulisan saya pada kali ini.. insyaAllah saya akan cuba untuk sentiasa update blog ini dari semasa ke semasa dengan pelbagai cerita2 menarik selepas ini.. sekian. 
www.tips-fb.com

Wednesday, August 17, 2011

Monday, August 8, 2011

"Warung Ayam Panggang 5 Bintang...."





sori lah Cacuk @k@ Syazwan Saleh... bukan x nak ajak la... tapi agak2 la.. duduk kat Lumut nak ajak berbuka kat KL... hehehe... nanti balik KL kite g berbuke skali eh.. haha
www.tips-fb.com

Thursday, July 28, 2011

~:.HiduP.:~


HiDuP TaK SePeRtI YaNg kItA RaNcAnG
LaNgIt tAk sElAlu CeRaH
HuJaN tAk sElAlUnYa lEbAt






APA SEBENARNYA KEINGINAN INI DALAM HIDUP??
www.tips-fb.com

Tuesday, July 26, 2011

~:.HaRgA SeKePiNg sYiLiNg.:~


Salam Penulisan...

bila jejalan di kota raya pelbagai ragam manusia dapat disaksikan...
hiruk pikiuk kota memecah kesunyian alam...
ribuan manusia kehulu kehilir dengan pekerjaan masing-masing...
tatkala itu mataku tertumpu kepada gelagat sepasang kekasih sedang berjalan menuju ke pintu masuk gedung gergasi Pavilion..
mereka berjalan beriringan sambil tangan keduanya dikepit bagai tak mahu berenggang walau sesaat..
sedang berjalan sang teruna menyeluk poket dan mengeluarkan kembali tangan daripada poket seluarnya..
tatkala itu terjatuhlah sekeping syiling
lalu keduanya menumpukan pandangan ke arah syiling yang jatuh sambil
memperlahankan langkah
beberapa saat kemudian langkah terus diatur menuju ke destinasi
dengan lagak seperti tiada apa yang terjadi
syiling tadi ditinggalkan bagai tiada harga
mungkin sangkanya "arh..apalah sangat nilai 20sen yang terjatuh itu"




ingatlah wahai sekalian alam jika tanpa 20 sen itu tadi wang kita untuk membeli barangan keperluan yang bernilai RM100 mungkin tidak mencukupi
tunduklah mengutip kembali syiling yang jatuh walau tidak mahu menyimpannya masukkanlah ke dalam mana2 tabung derma agar nilai 20sen tadi tidak disia-siakan
sesungguhnya rezeki Allah itu memang luas
bayangkan jika rezeki kita ditarik balik dek kerana membiarkan rezeki yang dianugerahkan

pikir2kanlah dan selamat beramal..




www.tips-fb.com

Friday, July 8, 2011

:~InspekToR AmIR~::

Salam Penulisan...

dah lama rasanya x updAte blog ni... dah ada nampak titik2 sarang labah dah nak naik kat blog ni.. so luangkan masa sket la utk new entry... lagipon tgah ada idea ni..

kali ni nak cerita sal kejadian ptg tdi.. semasa balik daripada latihan TTS... fuh.. pnat jugak la.. sampai je kat depan umah Bakat TD 2 ada la anak2 pegawai dan staf dok main2.. biasa la bdak2 main ptg2.. nak dijadikan cerita aku ngan member2 pon tegur la bdak2 ni nak pinjam basikal lah.. tnya anak siapa lah.. pas2 bdak2 2 pon melayan.. dorang pon sesama jalan ngan kitorang balik ke umah masing2.. tetibe jer ada stap MP lalu naik motor.. bdak2 tu pon dengan excitednya panggil stap 2.. nak taw apa dorang panggil kat stap 2... Inspektor Amir, Inspektor Amir... hahahahhahaha.. lawak gile yg si stap 2pon menyahut.. bukan Inspektor Amir la... adoi.. bdak2 pon melayan drama bersiri Nora Elena rupanya.. ke ada citer lain yg ada watak Inspektor Amir?? tah la... 2 je la kot utk pos kali ni... pas ni nak buat entry pasal BERSIH 2.0 lak rasanya InsyaAllah..



blog aku.. haha
p/s:tq 2 all reader especially 2 silent reader yg mengaku dia ni silent reade www.tips-fb.com

Tuesday, June 28, 2011

:~Ketua Imam Punya Cerita..:~

Salam penulisan...

kali ni aq nak cerita sal Ketua Imam punya cerita...
benda ni berlaku dalam 2 3 minggu lepas... masa tu aku tgah berjalan dripada bangunan akademin nak ke masjid.. so melalui la blakang masjid... kat blakang masjid ni ada tempat untuk parking kereta....tempat untuk parking kereta tu pulak baru je dibumbungkan dan dilabelkan dengan label Imam 1, Ketua Imam, Bilal...

masa aku lalu kat belakang masjid tu, aku terperasan satu kereta ni ada kertas macam surat kat wiper belakang keta tu... aq pon patah balik n pergi dekat belakang keta tu.. aq pon selak kertas tu...

wakakakakaka.... lawak gila... aq ingat kan surat saman ke, iklan jualan langsung ke apa.. rupanya... kat surat tu tertulis.... "TAHNIAH KERANA DILANTIK SEBAGAI KETUA IMAM!! ANDA DIJEMPUT KE PEJABAT MASJID UNTUK MENGAMBIL TEKS KHUTBAH JUMAAT"

aq pon tataw kete sapa... tapi yg pastinya mmg bukan kete imam la... notis tu saja je nak menyindir pemilik kete tu sebab dengan slumbernye parking kete beliau kat bawah tempat parking kete KETUA Imam...

macam2...

Moral Of ThE Story:: janganlah parking sesuka hati... kalau tempat parking bebas xpe la... ini dah terang2 tertulis khas utk KETUA IMAM... ape pon x boleh la... www.tips-fb.com

Monday, June 20, 2011

:.:KeM BuMi jaTi:.:

Salam Penulisan...

entry kali ni nak cita sket sal pengalaman menyertai Kursus Minggu Orientasi Siswa(MOSIS)....
kursus ni bermula pada 18 Jun 2011 hingga 19 Jun 2011 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam..

group yang dinamakan Mosis Peer ni mula berkumpul pada kira2 jam 0700H 18 Jun... starting pon aku n dak2 rumah aq dah sampai lambat kat tempat berkumpul.. al-maklumlah Rumah kitarang jauh daripada yg lain.. hahahha..

kira2 jam 0800 dah bertolak ke destinasi kami... sepanjang perjalanan dalam bas aku just ambil peluang untuk cover tdo.... biasalah hari jumaat 2 sepanjang malam x tdo dekkerana jadi Sarjan Duty Batalion... pukul 0500 baru boleh balik umah.. packing barang semua...

jaga je dari tidur.. eh dah sampai? haha...
ni antara aktiviti yg dilakukan kat sana..

>>main belon2...
>>egg tower
>>arca straw
>>explorace
>> LDK Group Discussion
apa lag eh.. lupa dah.. haha
semua activity ne bertujuan untuk:

:> Time Management
:> Leadership Development
:> Pengurusan Stress
:> Membina Kerjasama

semua aktiviti dilakukan bagi membina keyakinan untuk semua peserta mengendalikan pelajar2 baru yang bakal masuk nanti.. ye la... bukan senang woi nak jadi fasi and nak organize program2 cam2...

apa yang paling best masa kursus tu boleh kata makanan kat kem bumi jati tu la.... makanan memang terbaik la... dah macam makan kat umah jer... mkan berhidang, makanan terbaik, perfect la maknan dia... penginapan pon not bad la...

masa hari 1st tu rasa cam moral down gak la... sebab aq ni bukannye jenis suka sangat dengan program2 camni.. tapi lama2 rasa cam best la pulak....

hopefully program ni akan berjaya dan berjalan dengan lancar nanti...

P/S: Selamat Datang kepada semua pelajar baru asasi yang bakal melapor diri pada 24/6/2011 nanti....

byak lgi nak tulis.. tpi dah malas la plak.. www.tips-fb.com

Wednesday, June 15, 2011

:...Kongsi vs KL Gangster vs Petaling Street...:

salam penulisan...

kali ni nak bukak citer sal Petaling Street yg boleh dikatakan jalan yg agak popular di KL ni... mana taknya boleh dikatakan semua filem2 bertemakan gangsterisme buat penggambaran kat sini.... yang terkini filem KL Gangster dan Kongsi...

semalam baru je jalan kat Petaling Street ni... xdelah selalu sangat masuk kawasan Petaling Street ni.... semalam pun kebetulan ada member gi kedai kat area situ nak xnak kena la cross Petaling Street... masa 2 aq ngan sorang member.. member aq yang sorang ni orang lama kat KL.. kitorang pon bukak la citer.. aq cakap kat die yg KL Gangster pun buat penggambaran kat sini... Kongsi pun buat penggambaran kat sini.. mmber aq tu pun cakap... ko ingat dorang sesaja ker wat penggambaran kat area ni.. area ni mmg ada citer sebaliknya....











Petaling Street ni boleh dikira black area la.... ada mmber yang cita kat aku pernah ternampak orang datang mintak duit perlindungan depan mata dia drpada peniaga2 kat Petaling Street ni... ada pulak yang cakap kalau jalan kat Petaling Street then korang tanya satu gerai kat jalan tu then korang blah cam2 jer tanpa mmbeli.. maka siaplah korang.. tak tahulah kesahihan cerita ni... ada pulak yang cakap Petaling Street ni POLIS pun x masuk area tu... tapi rasanya khabar angin jer kot... dalam cerita KONGSI kan ade POLIS yang masuk area tu.. hahhaa..

Petaling Street ni boleh dikatakan kawasan masyarakat CINA la.. sebab kebanyakan peniaga dan pembeli kt sini semuanya beerbangsa CINA... kalau dalam FILEM KL GANGSTER pun yang buat port kat area tu TAIKO DRAGON...

bila berjalan kat sepanjang Petaling Street 2 ada gak la rasa cam gerak geri diperhati.. tapi itu mungkin perasaan je kot... maybe sebab banyak sangat dengar cerita yang bukan2 sal jalan ini... so, apa pendapat korang?? www.tips-fb.com

Tuesday, June 14, 2011

KL Gangster VS PEKIDA



Salam Penulisan..
ok post kali ni nak buat review sal filem yg tengah meletup sekarang ni kat pawagam seluruh negara...
KL Gangster..
dengar2 kutipan untuk filem ni dah mencecah 6-7 Juta.. wow..


Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz yang semakin melnjak namanya dek kerana drama bersiri yang turut dibintanginya di slot akasia TV3 Nora Elena..

Review..
Filem ini mengisahkan tentang Malek yg baru sahaja dibebaskan dripada penjara. Beliau yang sebelum ini merupakan antara pengasas sebuah pertubuhan samseng bersama-sama seorang sahabat baiknya KING mengambil langkah ingin cuci tangan dan bertaubat setelah keluar daripada penjara walaupun KING menawarkan agar dia kembali kepada kumpulannya. Malek mempunyai seorang adik lelaki yang juga merupakan ahli pertumbuhan samseng yang diketuai oleh taiko DRAGON.
adik perempuan Malek pula mula rosak selepas abangnya disumbat ke dalam penjara. filem ini turut dihidupkan dengan kehadiran Fadil yang dilakonkan oleh Zizan yang mana merupakan seorang Abang Long yg juga kawan baik kepada Malek. Kontroversi mula timbul apabila kumpulan KING dan DRAGON berebut kawasan dan ditambah pula dengan konflik untuk menjadi TAIKO besar yang ditimbulkan oleh watak Shark yg dilakonkan oleh Syamsul Yusof.
Pelbagai konflik terjadi antaranya penyelewengan wang yang dilakukan oleh Jai terhadap DRAGON, kereta Fadil diletupkan, Fadil ditikam oleh shark dan sebagainya...

PEKIDA Vs KL Gangster..
selepas ditayangkandi pawagam akhbar tempatan melaporkan bahawa Pertubuhan Pekida meminta penerbit dan pengarah filem KONGSI dan KL Gangster untuk memohon maaf secara terbuka kerana didakwa telah membuka kod rahsia pertubuhan terbabit. Kod yang dimaksudkan mungkin ayahanda, abang long yang digunakan dalam kedua-dua filem brkenaan.

ini pendapat saya.
tak perlulah nak perbesarkan isu2 macam ni.. pada saya apa yang rahsianya? Ayahanda? Abang Long?? Abang Kawasan? semua istilah tiu memang umum dah tau bukan kerana tayangan filem ini.. sebelum ni pon PEKIDA ada masalah/isu yang disiarkan dalam akhbar yang melibatkan ayahanda dan abang long di beberapa kawasan. istilah ayahanda dan abang long memang dah digunapakai dalam akhbar sebelum ni... adakah itu dikatakan rahsia?

cuba fikir logik kalau nak dikatakan filem ini melambangkan PEKIDA merupakan pertubuhan samseng kerana penggunaan istilah ayahanda dan abang long.. dalam KL Gangster seingat saya satu watak sahaja yang menggelarkan dirinya Abang Long iaitu watak Fadil lakonan Zizan.. watak Fadil ni watak samseng ke? Fadil hanya mengaku abang long ttapi xde pulak watak die terlibat dengan mana2 pergaduhan dalam Filem ini.. kalau ada pon dia cuma menegur dua lelaki yang berkelakuan biadap terhadap pelayan restoran. itupun Malek yang bergaduh bukan Fadil...

diharapkan x payah la nak saman menyaman ni... kita melayu sama melayu.. lebih eloklah jika sekiranya masing2 memikirkan cara untuk membuat kebaikan kepada umat Melayu di MALAYSIA ni daripada memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan bangsa sendiri... PEKIDA pertubuhan Melayu, Skop Production syarikat Melayu. masing2 mainkan peranan dalam memberi tauladan dan membantu bangsa Melayu. Sepatutnya isu2 begini kalau ada pon eloklah dibincangkan secara dalaman tanpa membabitkan media. Bila babitkan media ni, isu rahsia yang sedikit terbuka jadi terus terbongkar dan tidak dinamakan rahsia lagi.. hahaha

ini just pandangan peribadi sayalah.. xde niat pon nak membuat provokasi kepada mana2 pihak.. harap2lah isu ini dapat diselesaikan dengan mudah ye... maaf dipohon jika ada pihak yang terasa hati dan sebagainya..

tgok dialog kat bawah TUMULAK ngan MALEK, JAI, AJIB, SHARK gaduh...
tumulak orang siam bukan melayu ye... haha


www.tips-fb.com

Sekadar Berkongsi... Indahnya MATEMATIK..

keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% www.tips-fb.com

Friday, June 10, 2011

...KaRaK...


Salam penulisan..
haha.. macam biasa la ye..
prview sket sal cite KarAk...

stret 2 da poin la.. malas nak berceloteh banyak2 sal cita ni...
cita Karak ni over all ok la...
lagipun cerita seram pertama daripada KRU kan.. menjadi gak idea 3 beradik ni..
hantunya pon boleh tahan dengan effect2 yang style...
jalan ceritanya pun boleh tahan gak... well done KRU..

cerita ini mengisahkan 4 sahabat yang lalu kat hiway karak untuk pulang ke kota metropolitan KL(kalau x salah aq la)
disebabkan traffic jam diarang amek keputusan untuk guna jalan kampung atau jalan biasa untuk nak cepat sampai..
biasa bila dengan member2 ni banyak kepala dan idealisme.. ada yang percaya hantu, ada yang x percaya.. ada yang dah jumpa baru nakpercaya.. ada pulak yang jumpa yang xde kepala baru percaya...

"encik, takde kepala macam ini ke encik.."

hahahahaha... pengembaran menyeramkan bermula apabila dorang jumpe ngan satu wolkwagen dan dorang terlibat dngan kemalangan...
kepada yang masih belum menonton cerita ni.. bolehlah kunjungi pawagam berhampiran untuk menyelami pengembaraan dorang ini... boleh berkenalan dengan Tok Malam yang x siang2, budak sekolah cari emak.. dan sebagainya..
support industri perfileman tanah air.... beli yang ori... hahaha...
peace yo!... www.tips-fb.com

Monday, June 6, 2011

Nur Kasih The Movie

Salam penulisan...

entry kali ni nak review cerita Nur Kasih The Movie NKTM....
sebenarnya baru ja pi tgok movie ni.. kalo ikut hati 2 nak download jer dari internet.. tapi malangnya tnggu punya tunggu mmg xde rasenye movie NKTM ni dekat mana2 website... pas2 kluar lak cerita xdenye nak tayang kat TV or astro cerita ni... kalau ada pon 5 6 tahun lagii... mak oiii... jenuh den menunggu 5 6 tahun... bukan apa.. ikut cerita ni dari ditayangkan kat tV3 lgi.. rasa cam rugi lak kalau xtaw kesudahan ceritanya.. jadi luangkan masa g tgok gak..

walaupun dah dekat 3 minggu ditayangkan... panggung tetap penuh dengan peminat setia drama bersiri Nur Kasih ni... hebat jugak penangan lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah ngan Fizz Fairuz ni... gandingan yang sangat menjadi.... permulaan, pertengahan dan akhiran yang sangat sempurna... dengan latar tempat yang sangat menarik seperti Jordan dan tanah suci Mekah...

Filem ini memberikan banyak mesej berguna kepada penonton selain banyak membuatkan penonton bermuhasabah diri. Mesej2 segar yang disampaikan membuatkan penonton terhibur dan bagaikan berada di dunia Nur ketika menonton filem ini. Tidak hairanlah jika ada penonton yang menitiskan air mata ketika menonton babak2 sedih dan dramatik yang terdapat di dalam filem ini. Dialog yang digunapakai juga amat menyentuh hati dan perasaan penonton.

Bayangkan, selalunya di akhir filem, boleh dikatakan semua penonton masih berada di kerusi masing2 walaupon di skrin sudah memaparkan nama-nama krew produksi filem ini. Penonton bagaikan tidak puas dan inginkan NKTM ini diteruskan lagi ceritanya. Tidak hairan jugalah jika ada yang sanggup menonton filem ini beberapa kali di pawagam. Malah, katanya ada juga makcik2 dan pakcik2 yang jarang masuk panggung sanggup beratur utk membeli tiket bagi menonton filem ini.

"Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat rahmat menghampiri kita..."

kepada sesiapa yang nak tahu kesudahan Setelah adam berjaya mendapatkan cinta nur..setelah aidil mendapat kepercayaan aliya..setelah sarah benar - benar insaf..silalah ikuti filem ini di pawagam segera sebelum tempoh tayangan ditamatkan.

so untuk filem ini aq kasi rate 10 bintang daripada 5 bintang * * * * * * * * * *

ni ada sikit gambar2 menarik dalam filem ni..
















"Kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita, perjalanan kita masih jauh, perjalanan yang pasti akan bertemu titik noktahnya suatu hari nanti..."
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...